Tawaran menarik Marrybrown bermula 1 Okt ini

Tawaran menarik Marrybrown bermula 1 Okt ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Bersempena dengan ulang tahunnya yang pertama pada 27 Disember ini, Marrybrown akan mengadakan beberapa promosi hebat dan aktiviti–aktiviti sehingga menjelangnya acara kemuncak sambutan itu nanti.

Sehubungan dengan itu, Marrybrown hari ini telah melancarkan promosi cabutan bertuah ‘Spend, Eat and Win’ yang bermula pada 1 Oktober ini sehingga 30 November di mana para pelanggan bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah menarik.

Menerusi promosi ini, mana-mana pelanggan yang membuat pembelian di Marrybrown, Gadong, akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah seperti GoPro Hero 4, baucar-baucar makan di Marrybrown dan Secret Recipe, telefon bimbit Alcatel dan banyak lagi.

Kakitangan di Marrybrown bergambar dengan hidangan promosi yang akan bermula 1 Okt ini.
Kakitangan di Marrybrown bergambar dengan hidangan promosi yang akan bermula 1 Okt ini.

Cabutan bertuah ini akan diadakan setiap minggu sepanjang tempoh promosi.

Di samping itu juga, Marrybrown menjemput para pelanggan untuk menyertai aktiviti ‘Something Different’ yang akan diadakan setiap hari sehingga 27 Disember nanti.

ARTIKEL YANG SAMA