Tawaran menarik SCB buat pelanggan elit

Tawaran menarik SCB buat pelanggan elit

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Nov – Bank Standard Chartered (SCB) telah mengadakan tawaran istimewa bagi semua pelanggannya yang terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, komersial dan korporat yang membuat pemindahan dana menerusi pemindahan telegraf atau pemindahan akaun tanpa dikenakan bayaran dan berpeluang memenangi cabutan bertuah yang bermula sekarang sehingga 31 Disember ini.

Bagi pemindahan telegraf bernilai $50,000 atau sama dalam mata wang asing, semua bayaran tempatan tidak dikenakan sepanjang tempoh promosi ini dan layak menyertai cabutan bertuah.

Sementara itu, bagi pertukaran akaun ke akaun dalam Standard Chartered, setiap $50,000 atau nilai pertukaran sama, mereka juga berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Cabutan bertuah akan diadakan pada Januari dengan hadiah seperti Canon Multimedia Projector, pakej mesyuarat sepanjang hari di bilik Lembaga Eksekutif Hotel Radisson dan mesin cetak Canon 4 dalam 1 akan menunggu pemenang.

“Tawaran ini adalah tambah nilai kepada pelanggan perniagaan kami dalam memudahkan pembayaran komersial mereka dan memberikan mereka ganjaran kerana memilih SCB.

“Sebagai bank antarabangsa yang terkemuka, rangkaian global kami adalah kunci perbezaan bagi para pelanggan yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan mereka di dalam dan sekitar rantau ini,” kata Ketua Perhubungan Pelanggan, Eng Siok Tin dalam satu kenyataan.

Promosi pertukaran dana berjalan sehingga akhir Disember ini. Untuk maklumat lanjut, para pelanggan bolehlah melayari www.sc.com/bn atau menghubungi Pusat Pelanggan 24 jam di talian 2658000.

ARTIKEL YANG SAMA