Tawaran menarik Setia Motors

Tawaran menarik Setia Motors

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Pengedar tunggal Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd memperkenalkan tawaran menarik bagi bodykit percuma bagi pelanggan yang membuat pembelian Hyundai Elantra bermula 1 Ogos hingga 30 September ini.

Ini susulan kejayaan yang mencatatkan jualan memberangsangkan bagi Hyundai Elantra generasi keenam yang baru sahaja dilancarkan April lalu.

Dengan kit tambahan itu, Elantra akan tampak lebih sportif dan bergaya daripada tiga pilihan pakej bodykit Aero yang diinginkan pelanggan.

Elantra yang diperkenalkan 25 tahun lalu, sehingga kini telah berjaya dijual sebanyak 10 juta unit di seluruh dunia, selain menerima pelbagai anugerah termasuk kereta terbaik Amerika Utara, kereta terbaik Afrika Selatan 2012 dan sebagainya.

Manakala Elantra serba baru generasi keenam yang dipertingkatkan daripada model-model sebelumnya, memperkenalkan standard terbaru bagi kereta jenis kompak sedan, selain jimat minyak, menampilkan keselesaan dan keselamatan yang jitu.

Tambahan bodykit Hyundai Elantra menambahkan lagi penampilan yang lebih bergaya dan sportif.
Tambahan bodykit Hyundai Elantra menambahkan lagi penampilan yang lebih bergaya dan sportif.
Tambahan bodykit Hyundai Elantra yang boleh didapatkan percuma dengan pembelian kereta berkenaan bermula 1 Ogos hingga 30 September.
Tambahan bodykit Hyundai Elantra yang boleh didapatkan percuma dengan pembelian kereta berkenaan bermula 1 Ogos hingga 30 September.

Elantra dikuasakan dengan 1.6 liter Multi-Point Injection (MPI) dengan transmisi enam kelajuan automatik boleh mencapai kelajuan sehingga 126 kuasa kuda.

Ia juga mempunyai sistem audio jenama Harman yang memberikan hiburan berkualiti selain teknologi keselamatan mantap termasuklah Autonomous Emergency Braking (AEB), High Beam Assist (HBA), Pengesan Titik Buta (BSD, bantuan penukaran laluan, dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Ruangan dalam dan luaran Elantra juga cukup besar dengan binaan 20 milimeter lebih panjang dan 25 milimeter lebih lebar daripada generasi sebelumnya.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan model Hyundai Elantra serba baru ini di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA