Tawaran ‘Rasa Disember’ di OGH

Tawaran ‘Rasa Disember’ di OGH

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Hotel Orchid Garden (OGH), Berakas hari ini, telah memperkenal-kan promosi dan tawaran ‘Rasa Disember’ di Goldiana Cafe yang terletak di bawah premis hotel di Berakas.

Promosi berkenaan bermula dari jam 11 pagi sehingga 10 malam dengan potongan harga 20 peratus bagi jenis makanan utama, antaranya Nasi Lemak bersama Kari Ayam dan Chicken Supreme, malah setiap belian juga disertakan bersama minuman Sparkling Juice, kopi atau teh dan kek pilihan secara percuma. Promosi dan poto-ngan harga ini terhad kepada pelanggan yang menjamu selera di sana dan ia akan berlangsung sepanjang Disember 2015.

Untuk kenyataan lanjut pelanggang boleh menghubungi pihak OGH atau membuat tempahan terlebih dahulu.

Antara makanan ‘Rasa Disember’ yang ditawarkan di hotel ber-kenaan.
Antara makanan ‘Rasa Disember’ yang ditawarkan di hotel ber-kenaan.

ARTIKEL YANG SAMA