Tawaran TV pilihan Henry

Tawaran TV pilihan Henry

LONDON, 13 Julai – Legenda bola sepak Perancis dan Arsenal, Thierry Henry menamatkan khidmat bersama kelab Liga Perdana (PL) itu dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dalam media.

Bekas penyerang berusia 38 tahun itu yang pernah menjadi sebahagian daripada pasukan menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 – mungkin menjawat tugas sebagai jurulatih Bawah 18 tahun (B-18) skuad The Gunners namun menolak tawaran berkenaan.

Henry menolak tawaran selepas Arsene Wenger memberitahunya supaya ‘melupakan’ kontrak TV lumayan Sky Sports yang dilaporkan dibayar 4 juta pound setahun tatkala Wenger juga turut mempunyai beberapa kontrak televisyen termasuk bersama Qatar menerusi beIN Sports.

Henry yang juga pendahulu rekod sepanjang zaman Arsenal apabila menjaringkan 174 gol dalam 254 penampilan sejak tahun 1999 hingga 2007, mula berkhidmat bersama pemain remaja Arsenal yang menjadi sebahagian daripada kursus Lesen A UEFA.

Henry menamatkan khidmat bersama PL kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dalam media. – AFP
Henry menamatkan khidmat bersama PL kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dalam media. – AFP

“Saya berterima kasih kepada Andries Jonker kerana menawarkan peluang kepada saya untuk melatih Arsenal B-18 yang mana saya berbesar hati untuk menerimanya,” kata Henry dalam laman Twitter.

“Bagaimanapun saya menghormati keputusan Arsene Wenger dan saya mendoakan yang terbaik buat pengurus Kwame Ampadu, pemain dan semua pihak di kelab bagi menghadapi musim mendatang.”

Seorang lagi legenda Arsenal, Tony Adams, 49, dijangka bakal kembali ke kem Arsenal untuk mengambilalih tugas mengendali skuad B-18. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA