Tazkirah Ramadan di BEDB

Tazkirah Ramadan di BEDB

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB), hari ini, telah mengadakan Majlis Tazkirah Ramadan yang berlangsung di Bangunan Design And Technology, Taman Teknologi Anggerik Desa.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Apong selaku Pengerusi BEDB.

Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah, para pegawai kanan dan kakitangan BEDB.

Ceramah bertajuk “Al-Quran dan Panduan Hidup” telah disampaikan oleh Penolong Kaunselor Jabatan Penjara Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Fariszal bin Ali, yang antara lain menyentuh mengenai turunnya Al-Quran untuk dijadikan pedoman hidup bagi umat manusia seperti yang terkandung dalam Ayat 185 Surah Al-Baqarah.

Tetamu kehormat (kiri sekali) di Majlis Tazkirah Ramadan tersebut.
Tetamu kehormat (kiri sekali) di Majlis Tazkirah Ramadan tersebut.
Awang Fariszal menyampaikan ceramah bertajuk “Al-Quran dan Panduan Hidup”.
Awang Fariszal menyampaikan ceramah bertajuk “Al-Quran dan Panduan Hidup”.

Beliau juga menekankan mengenai pentingnya umat manusia menjadikan Al-Quran itu sebagai panduan hidup atau sumber rujukan hidup yang akan membolehkan mereka mencapai keamanan dan kegembiraan di dunia dan di akhirat.

Sejurus ceramah itu, tetamu kehormat telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah undangan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA