TBA,TBK sertai Pesta Pengguna ke-18

TBA,TBK sertai Pesta Pengguna ke-18

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Takaful Brunei Am Sdn. Bhd. (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn. Bhd. (TBK) yang merupakan subsidiari Takaful Brunei turut menyertai Pesta Pengguna ke-18 dengan petak-petak mereka terletak di pintu utama dan Dewan Serba Guna Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sepanjang pesta yang telah bermula kelmarin hingga 29 Mei ini, TBA dan TBK mempromosi produk-produk Takaful yang memberi manfaat dalam melindungi kewangan pelanggan dan keluarga jika berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Salah satu produk TBA, Takaful Pakej Rumah Komprehensif adalah untuk melindungi rumah pelanggan jika berlakunya kehilangan dan kerosakan akibat keadaan yang tidak dapat diramalkan.

Sementara itu, Kemalangan Peribadi daripada TBA pula akan melindungi peserta jika berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan dengan liputan seluruh dunia 24 jam.

Selain itu, TBA juga mempromosikan Takaful Musafir yang meliputi pelancong sekiranya berlaku kehilangan dan/atau kerosakan bagasi malah melindungi mereka jika berlaku kemalangan.

pg13_160527_d

TBK pula merangkumi produk-produk yang melindungi kebajikan kewangan termasuk perlindungan risiko bagi masa depan peserta.

Antara pelan perlindungan dan simpanan TBK yang mendapat sambutan adalah Takaful Nur Simpanan, Takaful Persaraan dan Takaful Pendidikan yang membantu melindungi peserta sepanjang perjalanan mencapai matlamat kewangan mereka.