TBC di Great Eastern esok

TBC di Great Eastern esok

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Feb –Great Eastern Life Brunei  akan mengadakan Pejabat Terbuka Tahun Baru Cina bagi memeriahkan lagi Tahun Monyet tahun ini yang akan berlangsung di cawangan Kiulap bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang pada Selasa, 16 Februari ini.

Syarikat berkenaan ingin menjemput semua pemegang polisi insurans Great Eastern Life untuk menyertai kakitangan, Life Planners, rakan kongsi dan persatuan peniaga untuk bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

“Acara tahunan ini adalah peluang untuk kami melahirkan rasa penghargaan kepada semua stakeholders kami dan berterima kasih atas sokongan bernilai mereka. Bagi pihak pengurusan dan kakitangan Great Eastern Life Brunei, kami ingin mengucapkan semua agar sejahtera, bahagia dan makmur pada tahun baru,” kata Ketua Cawangan Brunei, Caroline Sim.

ARTIKEL YANG SAMA