TCS India buat rayuan AS$940 juta ganti rugi

TCS India buat rayuan AS$940 juta ganti rugi

NEW DELHI, 17 April (AFP) – Firma penyumberan luar IT terbesar India, Tata Consultancy Services (TCS) berkata ia akan mencabar AS$940 juta ganti rugi yang dikenakan oleh mahkamah Amerika Syarikat dalam kes kecurian harta intelek.

Juri persekutuan di negara AS, bahagian Wisconsin, mendapati TCS dan unit mereka di Amerika bersalah menggunakan data dari sebuah firma perisian perubatan Amerika Syarikat tanpa kebenaran, menurut laporan media India.

Syarikat yang berpangkalan di Mumbai berkata dalam satu kenyataan lewat Sabtu lalu bahawa ia merancang untuk “mempertahankan kedudukannya dengan bersungguh-sungguh dalam rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi”.

Ia juga berkatAa ia “tidak menyalahgunakan atau mendapat apa-apa manfaat” dari dokumen yang dimuat turun dari portal pengguna-web Epic Systems yang berpangkalan di Amerika Syarikat semasa mereka membangunkan sistem pengurusan hospital itu sendiri.

“Sebagai sebuah organisasi, TCS kekal komited dalam melindungi IP (harta intelek) serta reputasinya dan kepentingan kewangan sepenuhnya,” katanya.

Kenyataan itu tidak meletakkan angka denda itu. Tetapi Press Trust of India dan media lain berkata TCS dan unit America mereka diperintahkan untuk membayar AS$240 juta untuk Epic Systems dalam menggunakan perisian tanpa kebenaran dan tambahan AS$700 juta ganti rugi.

Epic Systems memfailkan saman pada tahun 2014, menuduh TCS mengambil data penting apabila ia telah diupah oleh syarikat itu untuk memasang perisian penjagaan kesihatan untuk pelanggan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menurut Press Trust of India.

ARTIKEL YANG SAMA