TCY Motors perkenal keluaran Audi baru

TCY Motors perkenal keluaran Audi baru

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Dis – TCY Motors Sdn Bhd telah menambah barisan model kereta mewah jenama Audi edarannya dengan memperkenalkan Audi A6 pada acara pratonton media di Bilik Pameran Audi, Kiarong, pagi tadi. Model baru ini mengetengahkan enjin yang lebih berkuasa dengan 1.8 TFSI dikuasakan Audi Ultra Technology.

Ciri-ciri menarik lain pada model A6 termasuk sistem bantuan baru, reka bentuk lampu depan dan belakang yang menggunakan teknologi terkini iaitu inovasi LED Matrix serta penggunaan bahan api yang rendah.

Reka bentuk dinamik pada sedan ini telah menjadi lebih ekspresif, dengan penutup enjin, Jeriji Single frame depan dengan logo Audi dan bampar depan yang tampil lebih bergaya, malah unit lampu tepi bawah mempunyai bentuk lurus yang memberikan penampilan elegan. Transmisi automatik kereta mewah ini telah dikawal secara elektronik dan dilengkapi dengan quattro kekal all-wheel drive.

Selain itu, ia juga meletakkan Audi antara pemimpin inovasi dalam segmen mewah dan dengan penggunaan aluminium, membuatkan Audi A6 sebagai salah sebuah kereta yang ringan seberat 1,535 kilogram jika tanpa pemandu.

Audi A6 keluaran terbaru meletakkan Audi di antara para pemimpin inovasi dalam segmen mewah.
Audi A6 keluaran terbaru meletakkan Audi di antara para pemimpin inovasi dalam segmen mewah.

ARTIKEL YANG SAMA