Teakwando Belait muncul juara

Teakwando Belait muncul juara

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Fadhil Yunus

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Skim Teakwando Belait tampil juara apabila berjaya mengumpul 10 Pingat Emas, tujuh Pingat Perak dan sembilan Pingat Gangsa dalam kejohanan Taekwando Junior ke-4 yang berlangsung sejak Jumaat lalu di Pusat Belia di ibu negara.

Tampil di tempat kedua pula adalah Rick Taekwondo Studio yang berjaya mengumpul lapan Pingat Emas, enam Pingat Perak dan enam Pingat Gangsa, diikuti oleh Kelab Unite Taekwondo yang terpaksa akur di tempat ketiga dengan mengumpul tujuh Pingat Emas, lima Pingat Perak dan satu Pingat Gangsa.

Hadir menyempurnakan hadiah di dalam majlis penutup kejohanan tersebut ialah Presiden Persatuan Taekwando Brunei Darussalam, Haji Tajuddin bin Haji Salleh.

Gambar ramai bersama juara kejohanan tersebut.
Gambar ramai bersama juara kejohanan tersebut.