Team Sky kekal terima tajaan

Team Sky kekal terima tajaan

LONDON, 11 Okt – Team Sky menerima sebahagian berita yang dinanti-nantikan semalam di tengah–tengah keadaan yang negatif berhubung bekas bintang mereka, Bradley Wiggins dengan sokongan yang jelas dari penaja utamanya, media utama, Sky.

Graham McWilliam, timbalan ketua Sky News dan pengerusi lembaga Team Sky, menyatakan dalam twitter, menghantar mesej sokongan kepada pasukan itu pada hujung minggu yang menyatakan mereka untuk terus fokus ke atas perkara penting seperti kemenangan.

Pasukan itu menjadi tajuk negatif kerana mendapatkan penunggang hebat dari British, Wiggins, therapeutic use exemption (TUE) dari pihak berkuasa berbasikal bagi cortiscosteroid triamchinolone untuk membasmi penyakit asmanya.

Wiggin diberikan kebenaran untuk menggunakannya hanya beberapa hari sebelum Tour de France 2012, yang dimenanginya, begitu juga dengan Jelajah 2011 dan Giro d’Italia 2013.

Dia dan Team Sky juga dilaporkan disiasat oleh United Kingdom Anti-Doping.

The Daily Mail minggu lalu mendakwa UKAD mahu menyiasatnya dan bos Team Sky mengenai pakej perubatan yang dihantar kepada penunggang British itu menjelang Tour de France 2011.

Bagaimana pun , McWilliams tidak menjelaskan dalam mesejnya bahawa Sky berada sepenuhnya di belakang pasukan itu, yang telah memenangi empat dari lima gelaran Tour de France. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA