Tebing Barat tegang lagi

Tebing Barat tegang lagi

HEBRON, Wilayah Palestin, 22 Sept (AFP) – Seorang warga Palestin terbunuh ketika operasi tentera Israel di selatan Tebing Barat, pada awal subuh hari ini ketika dia memegang bahan letupan buatan sendiri, manakala itu pasukan tentera menembak seorang wanita yang dikatakan cuba menikam seorang tentera.

Kedua-dua kejadian berlaku di kawasan Hebron dengan keadaan tekanan semakin meningkat sebelum cuti Yom Kippur dan Aidiladha dan selepas pertempuran tiga hari yang melanda kawasan masjid Al-Aqsa, Baitulmuqaddis minggu lalu.

Seorang jurucakap wanita tentera Israel berkata lelaki Palestin itu terbunuh akibat bahan letupan yang ingin dilontarkannya ke arah sebuah kenderaan tentera. Para penduduk telah memberikan cerita serupa.

Para pegawai keselamatan Palestin bagaimanapun berkata dia ditembak mati oleh pasukan tentera Israel di kampung Dura berhampiran Hebron. Mereka mendedahkan identitinya sebagai Dia al-Talahmeh, 21 tahun.

Jurucakap wanita tentera itu berkata bahawa sebuah peronda telah dikerah untuk mengalihkan batu-batu yang menyekat jalan raya berhampiran Hebron.

Ahli keluarga yang berada di samping mangsa warga Palestin, Dia al-Talahmeh di sebuah hospital di bandar Tebing Barat Hebron pada 22 September. – AFP
Ahli keluarga yang berada di samping mangsa warga Palestin, Dia al-Talahmeh di sebuah hospital di bandar Tebing Barat Hebron pada 22 September. – AFP

“Tentera-tentera terdengar bunyi letupan dan ketika melancarkan usaha mencari di kawasan itu mereka menemui mayat lelaki Palestin yang terbunuh akibat letupan yang ingin dilontarkannya ke arah salah sebuah kenderaan,” katanya.

Secara berasingan pada pagi ini, pasukan tentera Israel telah menembak dan mencederakan seorang wanita Palestin di tempat pemeriksaan berhampiran tengah Hebron, menurut para saksi. Ketenteraan Israel berkata wanita itu cuba menikam seorang tentera.

“Serangan terhalang apabila seorang warga Palestin cuba menikam seorang tentera Israel di kedudukan tentera di Hebron,” menurut kenyataan tentera.

“Pasukan Israel bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke arah penjenayah itu dan terkena sasaran.”

ARTIKEL YANG SAMA