Tebuan ‘dementor’, serangga gergasi antara penemuan baru

Tebuan ‘dementor’, serangga gergasi antara penemuan baru

HANOI, 27 Mei (AFP) – Daripada tebuan ‘dementor’ yang menghisap nyawa manusia berdasarkan mahkluk yang dari buku Harry Potter sehinggalah serangga kayu sepanjang separuh meter, saintis telah mengenal pasti 139 spesies baru di kawasan Greater Mekong dalam 2014, menurut satu laporan baru.

Kebanyakan daripada spesies yang baru itu sudah pun terancam akibat pembinaan jalan dan empangan baru serta permintaan laris negara itu bagi daging hidupan liar dan pembalakan mewah, menurut WWF dalam laporannya.

Asia Tenggara mempunyai ‘harta karun’ biodiversiti dengan satu purata tiga spesies baru setiap minggu ditemui di kawasan itu antara 1997 dan 2014, menurut laporan itu.

“Kami baru sahaja memeriksa permukaan dalam penemuan baru itu di Greater Mekong,” kata pakar WWF, Thomas Gray.

Gambar serahan tidak bertarikh dikeluarkan di Hanoi oleh WWF menunjukkan neut dari Myanmar yang dinamakan Tylototriton shanorum. Daripada tebuan dementor yang menghisap nyawa sehinggalah serangga kayu semeter panjangnya, saintis sudah mengenal pasti 139 spesies baru di Greater Mekong dalam 2014, menurut satu laporan baru WWF hari ini. – AFP

Namun pembangunan yang tidak mapan dan perdagangan haram dalam kehidupan liar menjejaskan kehidupan di sana dan kemungkinan ‘banyak spesies sudah pun pupus sebelum ia ditemui,’ katanya.

Di Thailand, satu spesies tebuan (ampulex dementor) dinamakan sempena dementor yang menghisap nyawa dari buku Harry Potter kerana kemahiran memburunya yang kejam. Racun tebuan itu menjadikan mangsanya zombi sebelum mereka dimakan hidup-hidup.

Dalam novel Harry Potter, dementor adalah makhluk yang makan semua perasaan positif dan ingatan gembira daripada mangsa mereka.