Tebusan AS, Australia muncul dalam video Taliban

Tebusan AS, Australia muncul dalam video Taliban

KABUL, 12 Jan – Seorang warga Amerika dan seorang Australia muncul dalam satu video tawanan Taliban, lima bulan selepas mereka diculik dari Kabul.

Lelaki bersenjata menyarungkan uniform polis telah menculik warga Amerika, Kevin King dan warga Australia, Timothy Weekes, yang kedua-duanya adalah profesor di Universiti Amerika Afghanistan pada 7 Ogos lalu, menculik mereka dari kenderaan selepas menghempas cermin penumpang.

Video selama 13 minit, 35 saat itu telah disebarkan oleh jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid kelmarin dengan menyatakan bukti kemunculan pertama yang mereka masih lagi hidup.

Australia berkata hari ini, ia ‘telah bekerjasama rapat dengan kerajaan lain untuk menjamin pembebasan’ para tebusan, namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai harapan keluarganya dan kebimbangan keselamatan.

Video itu muncul selepas pasukan Operasi Khas AS melancarkan serbuan rahsia yang gagal pada Ogos untuk menyelamatkan mereka.

Presiden Barack Obama membenarkan serangan itu di sebuah kawasan tertentu di Afghanistan namun para tebusan tidak berada di sana, kata Pentagon pada September.

Universiti elit itu telah dirasmikan pada 2006 dan menarik sejumlah anggota fakulti dari negara-negara Barat, telah menggesa Taliban untuk membebaskan mereka dengan segera.

“Kevin dan Tim datang ke Afghanistan sebagai guru, untuk membantu Afghanistan,” kata universiti berkenaan dalam satu kenyataan.

“Mereka yang tidak bersalah itu tidak melakukan apa-apa yang membahayakan sesiapa pun.” – AFP