Tebusan Jerma...

Tebusan Jerman diculik di Filipina muncul dalam video

MANILA, 12 Jan – Militan Islam Filipina telah menyiarkan video yang menunjukkan seorang kelasi Jerman yang diculik di laut lewat tahun lepas, masih hidup, menurut kumpulan keselamatan yang memantau kegiatan kumpulan jihad.

Abu Sayyaf, sekumpulan geng yang terkenal dengan penculikan bagi wang tebusan berpangkalan di selatan Filipina, menyiarkan video Jurgen Kantner kelmarin di samping gambar yang mempunyai tarikh 26 Disember tahun lepas, lapor Kumpulan Perisikan SITE.

Tentera pada 7 November tahun lepas melaporkan penemuan kapal layar Kantner, Rockall, hanyut di luar selatan Filipina.

Mayat seorang wanita dengan cedera peluru, yang kemudian dikenal pasti oleh tebusan sebagai rakannya, Sabine Merz, ditemui dalam kapal tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA