Tebusan militan berjaya lepas diri, terperangkap di jala ikan

Tebusan militan berjaya lepas diri, terperangkap di jala ikan

MANILA, Filipina, 17 Ogos – Seorang kelasi Indonesia berenang untuk melepaskan diri setelah hampir dua bulan dia diculik dari bot tunda oleh militan Abu Sayyaf di selatan Filipina yang mengancam untuk memancung kepalanya, kata pegawai hari ini.

Mohammad Sayfan, 28, diselamatkan oleh penduduk di selatan Pulau Jolo yang menemuinya terapung dan terperangkap pada jala ikan di sepanjang pesisir di kawasan bakau, kata jurucakap tentera, Mejar Filemon Tan.

Sayfan merupakan salah seorang daripada tujuh anggota kru yang diculik dari bot tunda berhampiran sempadan Filipina pada Jun.

Sementara 16 lagi tebusan, termasuk sembilan warga Indonesia, masih ditahan oleh kumpulan pelampau pengganas di negara yang mempunyai ramai penganut Roman Katolik. – AFP

Mohammad Sayfan (kiri) diperiksa oleh para pegawai di sebuah hospital di bandar Jolo, wilayah Sulu, di selatan pulau Mindanao pada 17 Ogos. – AFP
Mohammad Sayfan (kiri) diperiksa oleh para pegawai di sebuah hospital di bandar Jolo, wilayah Sulu, di selatan pulau Mindanao pada 17 Ogos. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA