Tebusan Perancis dibebaskan

Tebusan Perancis dibebaskan

SANAA, Yaman, 4 Okt – Seorang wanita berketurunan Perancis-Tunis yang bekerja bagi pasukan Palang Merah telah dibebaskan selepas hampir setahun dalam tahanan di Yaman, menurut Jawatankuasa Antarabangsa Pasukan Palang Merah (ICRC) lewat semalam.

Kenyataan ICRC menyatakan Nourane Houas telah tiba di bandar Oman, Muscat, selepas dibebaskan oleh penculiknya dari Yaman.

Houas telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam perjalanannya ke tempat kerja di Sanaa iaitu bandar Yaman pada 1 Disember 2015.

Seorang rakan sekerjanya telah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan beberapa jam kemudian tetapi dia terus ditahan.

Dia muncul dalam satu rakaman video pada Mei lalu, meminta Presiden Perancis Francois Hollande supaya menyelamatkannya.

Gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Oman menunjukkan Nourane Houas, telah dibebaskan menerusi pengantaraan Oman selepas hampir setahun ditahan. – AFP
Gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Oman menunjukkan Nourane Houas, telah dibebaskan menerusi pengantaraan Oman selepas hampir setahun ditahan. – AFP

Hollande ‘melahirkan penghargaannya kepada semua mereka yang telah membolehkan pengakhiran menggembirakan daripada pengalaman pahit ini, terutamanya Sultan Oman, menurut satu kenyataan dari pejabat Hollande. Beliau juga menyatakan tentang usaha Presiden ICRC Peter Maurer dan para anggota pertubuhan beliau.

Dalam penyataan di Twitter, Maurer berterima kasih kepada semua orang yang telah berusaha untuk mendapatkan pembebasan Houas, dengan mengatakan “Penghormatan bagi para pekerja kemanusiaan dan kekecualian mereka adalah penting.” Houas mendarat di Muscat dengan mengikut penerbangan tentera udara Oman, keluar dari pesawat dengan jubah hitam biasa, menurut imej yang dikeluarkan oleh media kerajaan.

Hollande memuji keberanian Nourane Houas dalam tempoh penahanan panjangnya,” dengan menambah kata beliau “berkongsi kegembiraan keluarganya,” ekoran pembebasannya.

“Kami merasa lega dan bersyukur Nourane kini telah kembali bersama kami, dalam keadaan selamat,” kata Alexandre Faite, ketua delegasi ICRC di Yaman. “Penculikannya adalah pengalaman pahit paling teruk baginya, dan juga bagi keluarganya dan juga rakan sekerjanya. Dan jelas memberi tamparan hebat sebenar kepada kerja kemanusiaan kami di Yaman.”

Faite berkata pembebasannya adalah ekoran ‘begitu banyak usaha, dalam dan di luar Yaman dan berbulan-bulan lamanya, tetapi akhirnya kami meraih hasil positif.”

“Keutamaan kami kini ialah kesejahteraan Nourane dan membawanya pulang ke tanah air bersama keluarganya,” kata Faite. “Kami akan meminta semua orang supaya menghormati privasinya dan juga keluarganya pada ketika ini.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA