Tebusan pulang ke Itali dari Libya

Tebusan pulang ke Itali dari Libya

ROM, 6 Mac (AFP) – Dua warga Itali yang diculik Julai lalu di Libya pulang ke Itali hari ini dalam kepulangan senyap, di tengah-tengah persoalan berhubung kenapa dua yang lain diculik bersama mereka telah dibunuh.

Gino Pollicardo, 55, dan Filippo Calcagno, 65, dijemput oleh ahli keluarga mereka di lapangan terbang Ciampino Rome pada awal jam dan dibawa segera untuk mendapatkan maklum balas daripada kementerian luar negeri dan perkhidmatan perisikan Itali.

Mereka adalah di antara empat kakitangan syarikat pembinaan Itali, Bonatti yang diculik di barat Tripoli rantau Mellitah pada Julai. Laporan media Itali mengatakan kesemua keempat-empat mereka hampir-hampir hendak dibebaskan, sebelum rancangan menjadi tidak keruan.

Pada Khamis, sehari sebelum pembebasan Pollicardo dan Calcagno, Itali mengatakan kedua-dua yang lain, Salvatore Failla, 47, dan Fausto Piano, 60, kelihatannya dibunuh dalam pertempuran antara kumpulan jihad dan lelaki militia tempatan.

“Kerajaan Itali telah gagal. Pembebasan bagi kedua-dua tebusan itu telah dibayar dengan darah suami saya,” kata balu Failla, Rosalba kelmarin, menuntut mayat suaminya dikembalikan ke Itali secepat mungkin.

Laporan media Itali mengatakan Piano dan Failla, yang telah dipisahkan dari Pollicardo dan Calcagno, menyertai konvoi kumpulan Islamic State (IS) yang diserang oleh lelaki militia dari Fajr Libya (Libya Dawn), sayap bersenjata dari kerajaan yang tidak dikenali berpangkalan di Tripoli.