‘Tecatito’ penyelamat Mexico

‘Tecatito’ penyelamat Mexico

HOUSTON, 14 Jun (AFP) – Midfield Porto Jesus Manuel ‘Tecatito’ Corona menjaringkan gol individu yang hebat ketika Mexico seri 1-1 dengan Venezuela untuk melayakkan diri ke suku akhir Copa America Centenario sebagai juara kumpulan di sini, semalam.

Mexico kelihatan menuju kekalahan memalukan menentang Venezuela yang mendahului melalui sepakan gunting minit ke-10 oleh pemain pertahanan Jose Manuel Velazquez di Stadium NRG Houston.

Percaturan pengurus Mexico Juan Carlos Osorio kelihatan memakan diri selepas membuat keputusan untuk merehatkan pasukan utamanya semata-mata kerana mengetahui mereka hanya perlu seri untuk mengungguli Kumpulan C.

Jesus Manuel Corona (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Venezuela dalam aksi Copa Amerika Centenario di Houston, Texas, kelmarin. – AFP
Jesus Manuel Corona (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Venezuela dalam aksi Copa Amerika Centenario di Houston, Texas, kelmarin. – AFP

pg20_160615_CopaAmericaLogo

copaWalau bagaimanapun, dengan masa semakin suntuk, pemain gantian Corona mengambil bola dari jarak 40 meters dari depan gol dan terus mengelecek melepasi lalu lima pemain Venezuela sebelum meledak menewaskan penjaga gol Dani Hernandez.

Seri sudah cukup untuk membolehkan Mexico mengungguli tempat teratas Kumpulan C dengan perbezaan gol dari Venezuela, yang sudah menjamin tempat ke suku akhir selepas mengejutkan Uruguay dalam perlawanan kedua mereka.

Lebih penting lagi, kedudukan Mexico sekarang bermakna mereka mungkin akan mengelak daripada bertemu Argentina, yang dijangka merangkul tempat teratas Kumpulan D apabila menentang Bolivia lewat hari ini. Osorio kemudian mempertahankan keputusannya untuk menurunkan barisan kesebelasan utama yang belum teruji.

“Putaran adalah sebahagian daripada kehidupan apabila anda mempunyai skuad pemain,” kata Osorio. “Kami memberi peluang kepada semua pemain kerana kami percaya semua mereka penting. Kami memilih kumpulan yang baik untuk bersaing dengan Venezuela,” katanya.

Untuk tempoh yang lama ia kelihatan seolah-olah Mexico sedang menuju pertemuan suku akhir dengan Argentina ketika ‘El Tri’ mengecewakan pasukan Venezuela yang teratur. Mexico mempunyai beberapa aduan selepas Venezuela mendahului melalui usaha penyudah yang kemas.