Tech One perkenal Enadoc

Tech One perkenal Enadoc

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Seramai 15 wakil dari pelbagai industri yang mempunyai tugas dalam bidang IT telah menghadiri taklimat penggunaan produk Enadoc, kepentingan menyelamatkan dokumen fizikal dengan menjadikannya digital, yang berlangsung di bangunan KHub, Anggerek Desa, hari ini.

Selain memberikan latihan penggunaan aplikasi Enadoc, Ketua Operasi Tech One, Wasantha K Weerakoone dalam taklimatnya turut menjelaskan kepada para peserta akan kebaikan produk berkenaan yang mampu menyimpan daripada ratusan hingga jutaan dokumen arkib dengan teknologi di bawah Pusat BPO (Business Process Outsourcing) dan pengawalan keselamatan dokumen jika berlakunya insiden.

Enadoc merupakan sistem pengimejan dokumen yang menjadikan dokumen fizikal menjadi data dan juga menyediakan perkhidmatan memasukkan data.

Selain itu, ia turut membekalkan perkhidmatan Remote Data Entry, perkhidmatan penukaran kandungan ePub dan perkhidmatan mendapatkan dokumen secara langsung.

Seramai 15 wakil dari pelbagai industri menghadiri taklimat penggunaan produk Enadoc berlangsung di bangunan KHub, Anggerek Desa, kelmarin.
Seramai 15 wakil dari pelbagai industri menghadiri taklimat penggunaan produk Enadoc berlangsung di bangunan KHub, Anggerek Desa, kelmarin.
Lars Jeppesen menjelaskan kepentingan penggunaan produk Enadoc bagi agensi-agensi yang menginginkan penyimpanan dokumen mereka untuk di arkib.
Lars Jeppesen menjelaskan kepentingan penggunaan produk Enadoc bagi agensi-agensi yang menginginkan penyimpanan dokumen mereka untuk di arkib.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tech One, Lars Jeppesen, Enadoc adalah salah satu daripada produk inovatif yang diperkenalkan oleh Tech One di bawah perkhidmatan berasaskan Cloud dan sedia mudah alih bagi menyediakan persekitaran tanpa kertas bagi perusahaan kecil, sederhana dan besar.

“Penggunaan Enadoc memberi pelbagai faedah termasuk akses fail pada bila-bila masa, di mana sahaja, menjimatkan penggunaan data, server fizikal dan menggelakkan daripada mengambil pasukan teknikal berlebihan dan ia juga mampu mengakses maklumat perniagaan lebih cepat dan mudah”.

ARTIKEL YANG SAMA