TechXpo 2015 labuh tirai

TechXpo 2015 labuh tirai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – TechXpo 2015 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas sejak 22 Oktober lalu melabuh tirai malam ini setelah menerima lebih 26,000 pengunjung.

Seramai 10 pemenang cabutan bertuah utama berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk barangan letrik seperti Acer Projector, peti sejuk, gajet telefon pintar, Alcatel Pop S9, Lenovo S90 LTE dan barangan perabot.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang itu ialah Penasihat D’Sunlit Sdn Bhd, Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Haji Damit.

Selain hadiah cabutan bertuah, beberapa aktiviti turut diadakan sepanjang ekspo dijalankan seperti Pertandingan Cyber Game, Virtual Reality Games, Permainan Dart Elektronik dan juga peraduan foto IG.

Ampuan Wazini Afiq bin Ampuan Aminuddin memenangi hadiah cabutan utama berupa Projector Acer disampaikan oleh Pengiran Salleh bin Ab Rahaman.
Ampuan Wazini Afiq bin Ampuan Aminuddin memenangi hadiah cabutan utama berupa Projector Acer disampaikan oleh Pengiran Salleh bin Ab Rahaman.
Kumpulan Eurika muncul sebagai pemenang permainan League of Legends.
Kumpulan Eurika muncul sebagai pemenang permainan League of Legends.
Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada penganjur.
Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada penganjur.

Dalam pertandingan Cyber Game anjuran Hub Cyber Cafe, Pasukan Revival muncul juara permainan DOTA 2, Counterstrike: Global Offensive dimenangi oleh Goodfellas dan League of Legends dimenangi oleh Eurika.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Pembangunan Perniagaan D’ Sunlit, Gavin Chai dan Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao.

Sebelum itu, 16 pengunjung menerima hadiah berupa hamper dan minuman ringan tajaan Concepts Computer dan Kingston Beverage & Creamy setelah berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan kepada mereka.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman dan Eksekutif Jualan Concepts Computer, Dayangku Amalizawati binti Pengiran Ahmad.

ARTIKEL YANG SAMA