Tekad hentikan pemerdagangan manusia

Tekad hentikan pemerdagangan manusia

BANGKOK/DHAKA, 26 Jun (Agensi) – Thailand dan Bangladesh akan bekerjasama menghentikan pemerdagangan manusia, penyeludupan dan penghijrahan haram serta mempromosi budaya dan pelancongan demi manfaat kedua-dua negara Asia tersebut.

Pandangan bersama itu dilahirkan pada pertemuan pertama Pejabat Perundingan Asing (FOC) yang berlangsung di Rumah Tetamu Negara Padma di antara Thailand dan Bangladesh semalam.

Setiausaha Luar Bangladesh, M. Shahidul Haque dan rakan sejawatnya dari Thailand, Norachit Sinhaseni mengetuai delegasi masing-masing dalam FOC di mana keseluruhan isu dua hala, serantau dan antarabangsa dibincangkan secara mendalam.

Kemudiannya pada sesi sidang media bersama, Shahidul Haque berkata kedua-dua negara memerlukan kerjasama teknikal bersama-sama perkongsian maklumat untuk menghentikan pemerdagangan manusia, penyeludupan dan penghijrahan haram.

Beliau turut menyifatkan pertemuan itu sebagai “amat membuahkan hasil dan membina”.

Beliau berkata Bangladesh dan Thailand kini sedang memikirkan untuk mengaitkan BCIM yang membabitkan Bangladesh, China, India dan Myanmar, bersama-sama dengan negara-negara ASEAN lain untuk memantapkan lagi pakatan tersebut dengan peningkatan dan pengaliran pantas perdagangan demi manfaat semua pihak.

ARTIKEL YANG SAMA