Tekanan harga minyak mentah berlarutan

Tekanan harga minyak mentah berlarutan

SINGAPURA, 5 Nov (AFP) – Harga minyak mula pulih di Asia hari ini selepas mengakhiri sesi sebelumnya tetapi pasaran masih tertekan oleh penawaran berlebihan minyak mentah global.

Harga terjejas semalam selepas data menunjukkan inventori minyak mentah komersial di Amerika Syarikat, pengguna minyak terkenal dunia, meningkat pada minggu sehingga 30 Oktober.

Pengeluaran AS juga meningkat, sekaligus menyokong ramalan bahawa kemelesetan bekalan minyak mentah yang telah menjejas harga minyak selama lebih setahun akan berlarutan sehingga tahun 2016.

Di Asia, minyak AS West texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Disember diniagakan empat sen lebih tinggi pada AS$46.36 dan minyak mentah Brent untuk Disember naik enam sen kepada AS$48.64 pada kira-kira 0610 GMT, menghakis pemerolehan pada pagi tatkala harga menerima tekanan.

Simpanan stok AS meningkat sebanyak 2.8 juta tong kepada 482.8 juta tong, lebih daripada yang dijangkakan oleh penganalisis, kata Jabatan Tenaga AS semalam.

Pengeluaran minyak mentah AS meningkat sebanyak 48,000 tong kepada 9.16 juta tong sehari, bertentangan dengan jangkaan pasaran bahawa harga rendah akan mengurangkan pengeluaran.

Sanjeev Gupta, ketua firma minyak dan gas Asia Pasifik di firma perkhidmatan profesional EY, berkata dolar yang kukuh yang dirangsang oleh jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah AS pada Disember akan menjejas permintaan untuk minyak tatkala pasaran menunggu data seterusnya mengenai ekonomi utama.

“Dolar AS yang lebih kukuh akan menjadikan minyak mentah lebih mahal untuk negara pengimport, sekaligus mengawal permintaan,” kata Gupta.