Tekanan Korea Utara batalkan pelancaran roket

Tekanan Korea Utara batalkan pelancaran roket

SEOUL/TOKYO, 4 Feb – Tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Korea Utara meminta mereka supaya membatalkan pelancaran roket yang telah pun dirancang, dilihat oleh beberapa kerajaan sebagai satu lagi ujian peluru berpandu, sementara Jepun meminta tenteranya supaya berjaga-jaga dan menembak jatuh mana-mana roket yang mengancam wilayahnya.

Korea Utara menghubungi agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Selasa mengenai rancangannya untuk melancarkan apa yang digelarnya ‘satelit pengawasan bumi’ di antara 8 dan 25 Februari. Pyongyang telah berkata ia mempunyai hak berdaulat untuk meneruskan program angkasa lepas, walaupun Amerika Syarikat dan kerajaan lain mengesyaki pelancaran roket sedemikian merupakan ujian peluru berpandunya.

Menteri pertahanan Jepun, Jeneral Nakatani, memberitahu satu taklimat media semalam bahawa beliau telah mengeluarkan satu arahan untuk menembak jatuh mana-mana “ancaman peluru berpandu balistik.” Ketegangan meningkat di Asia Timur pada bulan lalu selepas ujian nuklear keempat Korea Utara, kali ini apa yang dikatakannya merupakan bom hidrogen.

Satu pelancaran roket yang diadakan begitu cepat akan menimbulkan kebimbangan Korea Utara merancang memasnag kepala peluru nuklear di peluru berpandunya, memberinya keupayaan untuk melancarkan satu serangan ke atas Korea Selatan, Jepun dan kemungkinan Pantai Barat AS.

Korea Utara kali terakhir melancarkan roket jarak jauh pada Disember 2012, menghantar satu objek yang digambarnya sebagai satu satelit komunikasi ke orbit. Korea Selatan mengingatkan Utara ia akan menanggung ‘akibat teruk’ sekiranya ia meneruskan dengan pelancaran itu.

Peluru berpandu PAC-3 terlihat dalam kedudukan di Kementerian Pertahanan di Tokyo, ia akan memusnahkan peluru berpandu Korea Utara jika ia mengancam untuk jatuh di wilayahnya. – AFP
Peluru berpandu PAC-3 terlihat dalam kedudukan di Kementerian Pertahanan di Tokyo, ia akan memusnahkan peluru berpandu Korea Utara jika ia mengancam untuk jatuh di wilayahnya. – AFP

Kementerian Luar Rusia berkata Pyongyang sedang menunjukkan ‘sikap tidak peduli terhadap norma-norma undang-undang antarabangsa yang diiktiraf sejagat,” sementara Perancis berkata pelancaran mewajarkan respon tegas daripada komuniti antarabangsa.

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menggesa Korea Utara supaya jangan menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, yang diharamkan oleh resolusi Majlis Keselamatan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA