Tekanan meningkat menjelang gencatan senjata Syria

Tekanan meningkat menjelang gencatan senjata Syria

DAMSYIK, 25 Feb (AFP) – Tekanan meningkat di pihak-pihak bertikai di Syria untuk mematuhi gencatan senjata sebahagian yang mana Moscow dan Washington menjadi pihak perantara ketika PBB membincangkan draf resolusi yang akan menyokong perjanjian yang dijangka berkuat kuasa pada Sabtu ini.

Lima belas anggota Majlis Keselamatan berharap akan dapat menerima pakai konteks itu esok apabila utusan PBB Staffan de Mistura akan melaporkan tentang usaha untuk menamatkan pertempuran dan menghidupkan semula rundingan damai.

Rusia dan AS telah menetapkan had akhir waktu tengah malam Damsyik esok bagi “penamatan perseteruan” rejim Presiden Bashar al-Assad dan pasukan pemberontak bukan pejuang jihad.

Perjanjian itu yang tidak termasuk kumpulan IS dan kumpulan pelampau Sunni lain menandakan desakan terbesar diplomatik untuk membantu menamatkan konflik lima tahun di Syria yang telah meragut lebih 270,000 jiwa dan mengakibatkan lebih separuh penduduk berpindah tempat.

Tetapi Presiden AS Barack Obama mengingatkan supaya berhati-hati semalam.

Seorang budak lelaki memegang bendera pembangkang kerajaan Syria. – Reuters
Seorang budak lelaki memegang bendera pembangkang kerajaan Syria. – Reuters

“Kami sangat berhati-hati tentang membangkitkan jangkaan berhubung ini,” Obama berkata di Pejabat Oval, yang mana beliau menerima kunjungan Raja Jordon, Abdullah II.

“Situasi di sana adalah sukar,” ujarnya. “Tetapi kami telah menyaksikan kemajuan sangat sedikit berhubung laluan minggu lalu atau berhubung kemasukan kemanusiaan kepada para penduduk yang terancam.”

Rusia dan AS adalah pihak yang bertentangan terhadap konflik itu, dengan Moscow menyokong Assad dan Washington menyokong pihak pembangkang, tetapi kedua-dua kuasa etlah membuat desakan bersama-sama supaya gencatan senjata dihormati.

Setiausaha Negara AS John Kerry berkata para pegawai Rusia dan AS akan mengadakan pertemuan pada hari-hari mendatang untuk membentuk pasukan khas untuk memantau pelaksanaan gencatan senjata.