Teknologi Ava...

Teknologi Avatar bantu promosi keindahan panorama Zhangjiajie

NEW YORK – Sistem kemajuan teknologi Hollywood 3D blockbuster Avatar baru-baru ini telah berjaya mendapat peranan baru untuk mempromosikan kawasan pelancongan unik, taman hutan negara yang terletak di Zhangjiajie di tengah-tengah wilayah Hunan, China.

“Gunung yang berbentuk seperti tiang itu menjadi prototaip bagi diorama Avatar di mana ia turut menampilkan kawasan puncak gunung tersebut yang diliputi dengan kabus,” jelas Wang Zhaoye, Naib Ketua Setiausaha, bandar raya Zhangjiajie kepada kumpulan perwakilan dari industri pelancongan New York.

Wang turut menunjukkan klip video mengenai gunung yang berbentuk tiang dan menampilkan panorama yang sangat indah di Taman Hutan Negara terletak 32 km dari Bandar raya Zhangjiajie yang turut menjadi latar bagi filem Avatar yang diarahkan oleh James Cameron pada tahun 2009 itu.

Lebih 61 pelancong dianggarkan melawat Zhangjiajie pada tahun 2016, di mana ia jelas memperlihatkan peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding tahun lalu jelas Wang yang menjadi antara ketua pemasaran pelancongan China di AS.

“Namun di kalangan para pelancong tersebut, warga Amerika hanya terdiri daripada 0.0003 Peratus dan perkara itu juga turut mendorong kami untuk mempromosikannya di AS,” jelas Wang.

Bandar raya Zhangjiajie menawarkan panorama indah melalui kawasan pergunungan yang berbentuk seperti tiang.
Bandar raya Zhangjiajie menawarkan panorama indah melalui kawasan pergunungan yang berbentuk seperti tiang.
Sistem teknologi Avatar dijangka mampu untuk mempromosi sektor pelancongan di China khususnya, Zhangjiajie.
Sistem teknologi Avatar dijangka mampu untuk mempromosi sektor pelancongan di China khususnya, Zhangjiajie.

Malah para pegawai dari China juga memiliki alasan rasional juga untuk menggunakan Avatar bagi menarik perhatian penonton di AS untuk melawat bandar raya tersebut.

Dalam filem yang berdurasi selama 160 minit itu, kira-kira selama 20 minit adegan yang menampilkan latar Zhangjiajie yang sangat indah.

“Ia memang merupakan satu pengalaman yang sangat menakjubkan dan melalui sistem avatar setentunya akan lebih mudah menarik lebih ramai individu untuk melancong dan menyaksikannya sendiri di kawasan tempat yang sebenar,” jelas Pengarah Eksekutif, Persatuan Pelancongan Asia Pasifik New York, Simone Olivier Bassous memberitahu Xinhua mengenai lawatan beliau ke Zhangjiajie pada tahun 1980-an

“Saya adalah antara rakyat AS terawal yang melawat ke Zhangjiajie dan sekiranya anda sendiri tidak melangkahkan kaki ke kawasan tersebut setentunya anda tidak akan berpeluang untuk menikmati panorama indah seperti Grand Canyon,” jelas Bassous.

Beliau menjelaskan bahawa Grand Canyon menawarkan panorama yang sangat indah dan begitu juga dengan Zhangjiajie.

Jambatan kaca Zhangjiajie Grand Canyon merupakan antara tarikan kepada para pelancong di Zhangjiajie, China.
Jambatan kaca Zhangjiajie Grand Canyon merupakan antara tarikan kepada para pelancong di Zhangjiajie, China.
Jumlah pelancong di China dikatakan semakin meningkat setiap tahun.
Jumlah pelancong di China dikatakan semakin meningkat setiap tahun.

“Setiap individu yang berkesempatan untuk melawat kawasan tersebut setentunya akan berasa seolah-olah memiliki hubungan spiritual dan berjaya merasa ketenangan,” tambah Bassous.

Ketika melawat Zhangjiajie pada tahun 1986, mantan Gabenor Leftenan Wilayah Colorado, AS, Nancy. E. Dick menjelaskan bahawa Zhangjie juga menjanjikan situasi keadaan yang segar.

Bassous pula memiliki keyakinan yang tinggi terhadap masa depan pelancongan di Zhangjiajie.

“Masa depan bagi Zhangjiajie sebagai destinasi pelancongan jelas sangat cerah malah saya juga tetap harus kembali lagi ke lokasi yang sangat indah tersebut kerana dikhabarkan ia menawarkan lebih banyak tarikan menarik termasuk jambatan kaca,” jelas Bassous.

Bassous merujuk kepada jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia yang terletak di Zhangjiajie.

Jambatan kaca Zhangjiajie Grand Canyon dibuka bagi kunjungan orang ramai sejak 20 Ogos 2016. Ia menawarkan cara untuk menikmati panorama yang menakjubkan di Zhangjiajie, China. – Xinhua