Teknologi baru angkasa

Teknologi baru angkasa

BEIJING, 22 Jun (Reuters) – Saintis China telah menambah baik teknologi yang diperlukan untuk menjalankan kapal-kapal

di angkasa berlabuh dengan membangunkan sistem panduan “mata” yang akan menjadikan prosedur lebih berkesan dan selamat, agensi berita tempatan Xinhua memberitahu hari ini.

Memajukan program angkasa China telah menjadi keutamaan oleh pemimpin-pemimpin di Beijinh, dengan Presiden Xi Jinping menyeru China untuk menubuhkan kuasa angkasa tersendiri.

China menekankan bahawa program angkasanya adalah untuk tujuan keamanan.

Bagaimanapun, Jabatan Keselamatan Amerika Syarikat (AS) telah mengetengahkan keupayaan angkasa China yang meningkat, mengatakan China mengejar aktiviti bertujuan mencegah musuh daripada menggunakan aset angkasa sewaktu krisis.

Dalam satu misi angkasa 2013, tiga angkasawan China menghabiskan masa 15 hari dan berlabuh dengan makmal eksperimen angkasa, Tianggong (Istana Syurga) 1.

Sistem panduan terbaru itu akan digunakan untuk makmal angkasa kedua China, Tianggong 2,Chang’e 5, dan akhirnya bercadang stesen panduan manusia secara kekal, Xinhua memetik dari Akademi Teknologi Angkasa China.

China bercadang untuk melancarkan Tianggong 2 tahun depan dan menghantar Change’e 5 untuk mengumpul sampel dari bulan dan pulang ke bumi sekitar 2017. Stesen kawalan manusia pula dijangka pada 2022.

ARTIKEL YANG SAMA