Teknologi Gogoro berpotensi

Teknologi Gogoro berpotensi

TAIWAN, 12 Julai (Reuters) – Syarikat seperti firma skuter motor elektrik Gogoro mungkin memegang kunci kepada pertumbuhan ekonomi Taiwan.

Dalam tempoh tiga tahun, firma baru itu, yang menganggap Panasonic Corp di Jepun sebagai rakan strategik dan Cher Wang, pengasas pengeluar telefon pintar tempatan HTC Corp sebagai pelabur utama, mengumpul AS$150 juta untuk menghasilkan motosikal segerak dengan telefon pintar, dan rangkaian mengecaj untuknya. Smartscooters dijual pada bulan lalu, bermula pada harga kira-kira AS$4,100.

Kejayaan Gogoro dalam mencipta produk inovatif tempatan adalah apa yang diingini oleh kerajaan Taiwan tatkala ia berusaha mengurangkan kebergantungan ekonomi yang berorientasikan eksport dalam sektor pengeluaran teknologi kelas dunia di pulau itu.

Firma teknologi berkenaan, yang termasuk HTC, pengeluar cip kontrak terbesar di dunia Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd dan pengeluar iPhone Hon Hai Precision Industry Co Ltd, juga memberikan Taiwan satu kelebihan berbanding kebanyakan negara lain yang ingin memupuk firma teknologi baru.

“Kami berharap dasar kami boleh membantu firma baru pada peringkat paling sukar permulaan supaya ia boleh mencontohi Gogoro,” kata Jan Fangguan, pegawai dengan agensi perancangan kerajaan, Majlis Pembangunan Negara (NDC).

Bateri yang dimuatkan pada skooter Gogoro. – Reuters
Bateri yang dimuatkan pada skooter Gogoro. – Reuters

Pengeluaran teknologi menyumbang kepada satu pertiga daripada kesemua keluaran industri Taiwan, namun dua tahun lalu, NDC mengiktiraf pertumbuhan dalam sektor ini telah mencapai tahap mendarat tatkala firma tewas kepada pesaing China yang lebih murah.

Pada Jun, eksport merosot paling banyak dalam lebih dua tahun, dan untuk bulan kelima berturut-turut, tatkala penyerahan barangan teknologi dan permintaan daripada rakan perniagaan utama China merosot mendadak.

Dalam usaha untuk menstabilkan perniagaan dan menjadikan ekonomi lebih “intensif dari segi kreativiti,” NDC menubuhkan HeadStart setahun lalu, satu projek yang bertujuan mewujudkan Silicon Valley dengan melonggarkan peraturan untuk mendaftar firma baru, menyesuaikan wang yang dilabur dalam projek dan menubuhkan pusat teknologi.

ARTIKEL YANG SAMA