Teknologi kotak hitam EgyptAir dipertingkatkan

Teknologi kotak hitam EgyptAir dipertingkatkan

HAMBURG, 1 Jun – Nahas yang menimpa pesawat EgyptAir meningkatkan lagi keperluan teknologi supaya kotak hitam tertanggal sendiri daripada kapal terbang sebelum ia terhempas, kata jurutera paling kanan Airbus.

Penyiasat mencari beberapa kawasan paling dalam di Mediterranean bagi mendapatkan perakam pesawat EgyptAir yang terhempas pada 19 Mei lalu dan mengorbankan semua 66 penumpang dan anak kapal.

Kotak hitam pesawat dicipta untuk mengeluarkan isyarat akustik selama 30 hari selepas terhempas, memberikan masa tidak sampai tiga minggu kepada pasukan mencari untuk mengesan ia dalam air sedalam 3,000 meter.

Dicadangkan penyiasat selepas nahas jet Air France A330 pada 2009, idea itu muncul lagi selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Mac 2014. – Agensi