Teks perjanjian jaminan keluar hutang dibentangkan

Teks perjanjian jaminan keluar hutang dibentangkan

ATHENS, 12 Ogos – Parlimen Greece lewat semalam membentangkan satu undi penting mengenai teks perjanjian jaminan keluar antarabangsa di antara Athens dan pemiutangnya, menurut parlimen di laman sesawangnya.

Perdana Menteri Alexis Tsipras meminta presiden parlimen supaya memanggil Wakil Rakyat untuk mengundi esok, selepas kerajaan Greece mengumumkan ia telah mencapai satu garis kasar pakej bantuan bernilai 85 bilion euro untuk menyelamat ekonominya daripada jatuh.

Greece dan pemiutangnya, EU, Bank Pusat Eropah dan Tabung Mata Wang Antarabangsa, menerima tekanan untuk memuktamadkan perjanjian pada 20 Ogos apabila Athens mesti membayar balik kira-kira 3.4 bilion euro kepada ECB.

Jaminan keluar itu adalah sebagai tukaran untuk Greece mengenakan langkah fiskal dan dasar lain termasuk satu pembaikpulih pasaran gas, penghapusan skim persaraan awal, penghapusan faedah harga minyak untuk petani, dan pertambahan dalam beberapa cukai.

Suruhanjaya Eropah berkata semalam Athens dan pemiutangnya telah mencapai satu perjanjian teknikal “pada prinsipnya” mengenai jaminan keluar itu – yang ketiga untuk negara yang dibebani hutang sejak 2010 – selepas rundingan lama yang berlarutan sehingga awal pagi. – AFP

Timbalan Perdana Menteri Greek, Yiannis Dragasakis meninggalkan pejabat Perdana Menteri Alexis Tsipras di Athens setelah bermesyuarat mengenai isu hutang negara pada 11 Ogos 2015. – AFP
Timbalan Perdana Menteri Greek, Yiannis Dragasakis meninggalkan pejabat Perdana Menteri Alexis Tsipras di Athens setelah bermesyuarat mengenai isu hutang negara pada 11 Ogos 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA