Teks perjanjian TPP dipertimbangkan

Teks perjanjian TPP dipertimbangkan

Gambar oleh Infofoto

 

MANILA, Republik Filipina, 18 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini, telah berkenan berangkat ke Mesyuarat Ketua-ketua Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ke-6 yang diadakan di Hotel Sofitel, Manila.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Hotel Sofitel dijunjung oleh Pegawai Protokol Kanan, Rumah Putih Amerika Syarikat (AS), Penny Price.

Kemudian, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyertai ketua-ketua TPP yang lain bagi sesi bergambar ramai sebelum beredar ke Mesyuarat Ketua-ketua TPP ke-6 yang menumpukan kepada isu-isu yang berkaitan dengan status terkini dan rundingan perjanjian TPP.

Antara yang dibincangkan adalah bagi mereviu dan mempertimbangkan teks perjanjian TPP yang dirundingkan sebelum ia ditandatangani.

Mesyuarat kali ini, yang dihoskan oleh AS, adalah signifikan kerana ia menandakan kesudahan perundingan perjanjian TPP yang telah pun diusahakan dengan jayanya oleh para menteri dan pasukan perunding dari negara masing-masing dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Baginda Sultan ketika sesi fotografi sempena Mesyuarat TPP bersama Ketua-ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, hari ini. – Reuters
Baginda Sultan ketika sesi fotografi sempena Mesyuarat TPP bersama Ketua-ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Manila, hari ini. – Reuters
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua TPP sebelum menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua TPP ke-6 di Manila.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama ketua-ketua TPP sebelum menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua TPP ke-6 di Manila.

pg04_151119_APEC2015logo

Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menghadiri Sesi Dialog Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama Ketua-ketua Ekonomi APEC yang lain.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menghadiri Sesi Dialog Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama Ketua-ketua Ekonomi APEC yang lain.
Sesi Dialog Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama Ketua-ketua Ekonomi APEC yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Republik Filipina (PICC).
Sesi Dialog Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama Ketua-ketua Ekonomi APEC yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Republik Filipina (PICC).

pg04_151119_c

pg04_151119_b

Antara pemimpin negara TPP yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua TPP ke-6 di Manila, kelmarin.
Antara pemimpin negara TPP yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua TPP ke-6 di Manila, kelmarin.

pg04_151119_e

Ini adalah seperti matlamat yang telah pun ditetapkan pada tahun 2011 bagi menyediakan satu platform yang komprehensif, seimbang dan perjanjian bertransformasi serantau yang merangkumi rantau Pasifik, merentasi tiga benua dan menyatukan 800 juta penduduk.

Pada dasarnya, ketua-ketua TPP termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia melahirkan harapan bagi negara masing-masing untuk membuat pertimbangan yang segera, dan mengesahkan perjanjian TPP serta membuat penyelarasan dengan proses-proses domestik.

Seterusnya, para pemimpin akan memfokuskan perlaksanaan perjanjian agar pengguna, pekerja, petani, dan perusahaan besar dan kecil boleh mula merasai manfaat daripada perjanjian ini seawal yang mungkin.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden AS, Tuan Yang Terutama Barack Obama dan dihadiri oleh pemimpin 12 buah negara TPP iaitu Australia, Negara Brunei Darussalam, Kanada, Republik Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Republik Singapura, AS, dan Republik Sosialis Vietnam.

Sementara itu, pada sebelah petang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat menghadiri Sesi Dialog Badan Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) bersama Ketua-ketua Ekonomi APEC yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Republik Filipina (PICC).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya berkenan berangkat menghadiri Sesi Plenari Dialog ABAC bersama Ketua-Ketua Ekonomi APEC yang lain, yang dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Republik Filipina selaku Pengurusi Mesyuarat Ketua-Ketua Ekonomi APEC (AELM) 2015, Tuan Yang Terutama Benigno S. Aquino III,

Ini diikuti dengan laporan ABAC yang disampaikan oleh Pengerusi ABAC, Doris Magsaysay Ho.

Mengiringi keberangkatan Baginda Sultan ke Mesyuarat Ketua-ketua TPP dan Sesi Dialog ABAC berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri di JPM dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng, dan Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.

ARTIKEL YANG SAMA