Teksi Ladyjek, Sister Ojek popular di Indonesia

Teksi Ladyjek, Sister Ojek popular di Indonesia

JAKARTA, 19 Jan – Jakarta menyaksikan peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan khusus untuk wanita yang menawarkan tahap keselamatan tinggi dan keselesaan berbanding bas awam dan kereta api yang penuh sesak.

Pengusaha perkhidmatan teksi khusus untuk wanita terbaharu, Ladyjek and Sister Ojek, merasai peningkatan itu kurang empat bulan selepas memulakan operasi di negara majoriti Islam itu.

Pengasas Ladyjek, Brian Mulyadi, berkata sejak dilancarkan Oktober lalu, aplikasi mudah alih Ladyjek dimuat turun hampir 50,000 kali dan ratusan warga Indonesia menggunakan perkhidmatannya setiap hari.

Syarikat itu mempunyai hampir 2,400 pemandu, kebanyakannya suri rumah dan pelajar, dan berharap ia akan berkembang ke luar ibu kota itu tidak lama lagi.

“Dalam pengangkutan awam lain seperti van mini, terlalu ramai lelaki di ruang yang sempit membuatkan saya sangat tidak selesa. – Reuters

p19-2_20160120