Teksi motosikal wanita bertudung di Jakarta

Teksi motosikal wanita bertudung di Jakarta

JAKARTA, 30 Dis – Teksi motosikal wanita yang mengenakan tudung meluncur melalui kesesakan lalu lintas di bandar Indonesia Jakarta, perkhidmatan pengangkutan dua roda terkini bagi wanita yang mencelah dalam dunia aplikasi memanggil teksi yang didominasi kaum lelaki di negara Islam itu.

Pilihan-pilihan teksi motosikal baru tahun lalu telah muncul dalam metropolis yang dihuni oleh 10 juta penduduk, diterajui oleh perkhidmatan popular Go-Jek, yang memberikan pilihan lebih luas kepada kelas pertengahan Indonesia yang semakin bertambah bagi pengangkutan untuk mengharungi beberapa kesesakan lalu lintas paling teruk di dunia.

Perkhidmatan itu – ramai mendapati inspirasi dari aplikasi Uber dan boleh diperolehi di telefon pintar – adalah cabaran bagi teksi motosikal biasa di Indonesia, dikenali sebagai ‘ojeks’ yang sentiasa ada tetapi telah mengundang kritikan dengan penunggangan mereka yang berbahaya dan harga yang tidak dapat dijangkakan.

Beberapa perkhidmatan dengan penunggang wanita telah memasuki pasaran dalam tahun 2015 selepas meningkatnya kewarakan bertahun-tahun di Indonesia, yang mempunyai penduduk terbesar beragama Islam di dunia dan di tengah meningkatnya kebimbangan keselamatan ekoran laporan serangan ke atas wanita oleh penunggang teksi motosikal lelaki. – AFP

Pemandu teksi motosikal wanita belajar bagaimana untuk mengambil pesanan daripada telefon pintar mereka di sebuah pejabat di Jakarta.- AFP
Pemandu teksi motosikal wanita belajar bagaimana untuk mengambil pesanan daripada telefon pintar mereka di sebuah pejabat di Jakarta.- AFP

ARTIKEL YANG SAMA