‘Teksi sapu’ membimbangkan

‘Teksi sapu’ membimbangkan

Oleh Anwar Rosly

BELAIT, 21 April – “Ianya semakin teruk, serius!” Itulah keluhan salah seorang pemandu teksi mengenai isu ‘kereta atau teksi sapu’ yang semakin menjadi-jadi di Daerah Belait.

Pemandu berkenaan yang tidak mahu dikenali berkata, sebelum teksi sapu mula muncul di terminal teksi dan bas, beliau dengan mudah boleh mengambil penumpang dan menerima pendapatan stabil.

Tetapi kini semuanya telah berubah, teksi sapu telah menjadi lebih berani untuk berdekatan terminal, dan juga mendekati orang-orang yang menunggu di sana untuk menawarkan penumpang menaiki kereta mereka.

“Saya pernah datang bekerja seawal 6 pagi sehingga lewat pada pukul 6 petang, tetapi kini ia adalah tidak berguna kerana kereta sapu akan datang dan mendapatkan mereka awal.

“Jadi sejak itu, mengetahui bagaimana teksi haram bekerja setiap hari, saya bekerja pada pukul 8 pagi dan selesai pada pukul 2 petang pada sebelah petang. Mereka akan selalunya muncul paling ramai dalam sekitar 10 ke 20 orang semasa hujung minggu dan pada hari-hari kelepasan awam,” katanya lagi.

Apabila ditanya sama ada pemandu teksi telah membuat apa-apa aduan, beliau memberitahu mereka tidak dapat melaporkannya tanpa mempunyai sebarang bukti dan cuba untuk mendapatkan satu pun sudah sukar apabila berdepan dengan kumpulan teksi sapu itu kerana ia akan mengancam keselamatan mereka sendiri juga.

Beliau menambah bahawa bahagian yang paling menakutkan dalam pengalaman itu adalah apabila pemandu-pemandu teksi sapu ini akan menaikkan lagi ancaman mereka.

“’Adakah anda tahu siapa saya? saudara saya bekerja di JPD dan berpangkat tinggi jadi jangan cuba buat sebarang hal!’ adalah bagaimana mereka akan mengatakannya kepada kami,” ujarnya.

Apa yang membimbangkan lagi adalah apabila bahagian pintu teksinya akan dicalar atau digarit, seolah-olah petanda tersebut menjadi satu amaran kepada pemandu-pemandu teksi agar mereka tidak membuat sebarang laporan atau terima padah yang buruk daripada teksi-teksi sapu.

Pemandu-pemandu teksi sapu memberi alasan dengan pemandu-pemandu teksi di sini bahawa apa yang mereka lakukan adalah halal, dan lebih baik daripada melakukan kegiatan yang tidak berfaedah seperti mencuri, mereka menggunakan kereta, tenaga dan usaha mereka untuk mencari wang.

Apa yang ironinya di sini adalah apa yang dilakukan oleh pemandu-pemandu teksi sapu itu melanggar undang-undang jalan raya negara dan dengan mengambil penumpang ke kenderaan mereka itu dikira sebagai ‘mencuri’ rezeki pekerja-pekerja yang sah bekerja sebagai pemandu-pemandu teksi dan bas di sini.

Manakala itu, seorang pemandu bas yang juga tidak mahu dikenali kerana takut tindakan balas oleh pemandu-pemandu teksi sapu juga bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh si pemandu teksi itu.

Beliau menyatakan bahawa sebelum teksi sapu mula menjadi lebih ketara di sekitar daerah ini, dia boleh mengambil penumpang dan mendapat pendapatan sekitar $300 hingga $400 tetapi kini ia telah menjadi kurang kepada $100 hingga $200 pada satu masa.

“Ini memberi kesan yang buruk kepada pendapatan saya,” beliau menyuarakan keluhannya kepada Media Permata.

Tetapi selain daripada membuat laporan di balai polis berdekatan, tiada apa yang pegawai-pegawai polis boleh lakukan apabila berhadapan dengan isu kegiatan haram pemandu-pemandu teksi sapu itu kerana ia adalah di bawah bidang kuasa JPD.

“Ada juga di antara pemandu teksi sapu itu daripada pekerja-pekerja asing yang datang bekerja di negara ini,”

Apabila ditanya harga yang disebutkan oleh pemandu-pemandu teksi sapu itu, beliau berkata, hasil daripada pemantauan mereka dan pemandu-pemandu teksi yang sah di sini, pemandu-pemandu teksi sapu akan meletakkan harga serendah $1 bagi seorang penumpang untuk membawa mereka ke tempat-tempat di sekitar Kuala Belait dan Seria.

Pemandu bas dan teksi yang sah juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila sudah digertak dengan ancaman, apa yang mereka boleh lakukan adalah hanya memberi nasihat bahawa penumpang adalah bertanggungjawab sendiri terhadap apa-apa jua yang berlaku jika mereka diambil oleh teksi sapu dari mana-mana terminal dan perhentian bas atau teksi di sekitar Belait.

Beliau serta pemandu teksi tersebut kedua-duanya memahami situasi kegawatan ekonomi yang menjurus mereka untuk melakukan aktiviti teksi sapu ini namun mereka bertanya adakah mereka (pemandu-pemandu teksi sapu) tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah salah di sisi undang-undang dan juga mengancam pendapatan pekerja-pekerja yang bekerja sah sebagai pemandu bas dan teksi di sini.

Kedua-duanya juga berharap dengan keterangan yang diberikan oleh pihak JPD dalam akhbar mengenai tindakan yang akan diambil ke atas teksi-teksi sapu, akan dapat memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu teksi sapu supaya berhenti dari pada melakukan aktiviti tersebut dan juga berharap pihak JPD akan membuat tindakan yang adil bagi memperketatkan undang-undang serta melindungi pemandu-pemandu bas dan teksi yang berlesen sah daripada diancam dan diganggu oleh mereka.

ARTIKEL YANG SAMA