Teksi Uber percuma untuk peminat The Reds

Teksi Uber percuma untuk peminat The Reds

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) – Peminat Kelab Bola Sepak Liverpool (LFC) yang mahu menyaksikan perlawanan ‘The Reds’ menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai ini, akan mendapat pengangkutan teksi Uber secara percuma.

Hasil kerjasama promoter perlawanan ProEvents dengan Uber, semua peminat yang membeli tiket menerusi ticketpro.com.my akan menerima kod promo yang membolehkan mereka mendapat pengangkutan percuma itu pada hari perlawanan.

“Kami teruja berganding dengan Uber untuk menawarkan peminat dengan pengangkutan percuma bagi memudahkan perjalanan ke dan dari stadium. Apa yang perlu dilakukan mereka ialah memuat turun kod UBERPROE menerusi aplikasi Uber.

“Sebagai tambahan, mereka juga berpeluang memenangi pas menemui pemain Liverpool,” kata Pengarah Urusan ProEvents International, San Boon Wah dalam satu kenyataan Jumaat.

Skuad Liverpool menjalani sesi latihan di stadium Rajamangala di Bangkok sebagai persediaan untuk perlawanan pertunjukkan dalam jelajah Asia. – AFP
Skuad Liverpool menjalani sesi latihan di stadium Rajamangala di Bangkok sebagai persediaan untuk perlawanan pertunjukkan dalam jelajah Asia. – AFP

Tiket bagi perlawanan itu berharga RM58 (pelajar), RM88, RM158 dan RM228 serta tiket terhad di tempat duduk VIP dengan harga RM428 dan RM328.

Semua tiket boleh dibeli menerusi atas talian di ticketpro.com.my, hotline +603-7880-7999, kedai Ticketpro serta cawangan New Balance and Sports Empire.

ARTIKEL YANG SAMA