Tekun Labuan sasar bantu usahawan kecil

Tekun Labuan sasar bantu usahawan kecil

LABUAN, 24 Feb (Bernama) – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) Labuan menyasar untuk menyalurkan pinjaman sehingga RM2 juta kepada usahawan industri desa tahun ini.

Sejak Januari, agensi itu telah mengagihkan sejumlah RM300,000 kepada usahawan kecil di Labuan.

Pengurus Tekun Labuan Mohammad Fadley Madir berkata sasaran itu boleh dicapai memandangkan sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai organisasi keusahawanan untuk skim pinjamannya.

“Kami telah menerima beberapa pertanyaan dan permohonan daripada organisasi dengan keanggotaan yang besar, termasuk Persatuan Rumpun Bugis Malaysia (PRBM),” katanya kepada Bernama pada Rabu.