TelBru agih biskut, paket hijau untuk pelanggan

TelBru agih biskut, paket hijau untuk pelanggan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tinggal seminggu, pelanggan yang mengunjungi atau membuat urus niaga di mana-mana cawangan Kadai TelBru akan menerima satu kotak biskut dan paket hijau Hari Raya Khas.

Inisiatif ini dilancarkan pada Jumaat lalu bagi pihak TelBru oleh Pengurus Kanan Pemedulian Pelanggan, Dayang Siti Rozainah binti Dato Paduka Haji Mohamed Yunos di Cawangan TelBru Citis Square.

Inisiatif tahunan ini dilancarkan sebagai tanda penghargaan daripada TelBru kepada pelanggannya atas sokongan mereka sepanjang tahun, serta berkongsi kegembiraan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pengedaran akan diteruskan sehingga Hari Raya sementara stok masih ada. Biskut dan paket hijau Hari Raya Khas boleh diperoleh di semua cawangan TelBru.

Sehubungan itu TelBru mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua para pelanggannya.

Dayang Siti Rozainah menyampaikan hadiah biskut dan paket hijau Hari Raya Khas kepada salah seorang pelanggan Kadai TelBru.
Dayang Siti Rozainah menyampaikan hadiah biskut dan paket hijau Hari Raya Khas kepada salah seorang pelanggan Kadai TelBru.
Sesi bergambar ramai wakil dari TelBru bersama dengan bakul biskut dan paket hijau Hari Raya Khas serta para pelanggan yang menerima hadiah tersebut.
Sesi bergambar ramai wakil dari TelBru bersama dengan bakul biskut dan paket hijau Hari Raya Khas serta para pelanggan yang menerima hadiah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA