TelBru anjur Majlis Penghargaan Media

TelBru anjur Majlis Penghargaan Media

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Lebih 50 orang warga media dari sektor kerajaan dan swasta telah menghadiri Majlis Penghargaan Media ‘Beach Day Out’ yang dianjurkan oleh Telekom Brunei Berhad (TelBru), di Kompleks Sukan Air, Serasa, kelmarin.

Hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TelBru, Hajah Rosmawati binti Haji Abdul Manaf.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya melahirkan perasaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sokongan yang telah diberikan oleh pihak media di negara ini terhadap kejayaan yang telah diraih oleh TelBru di samping meraikan kerja keras yang telah dilakukan oleh pihak media tempatan.

Turut hadir ialah Pengurus Kanan Perhubungan Korporat dan Khidmat Pelanggan TelBru, Haji Ideris bin Haji Ali dan Pengurus Pemasaran TelBru, Dayang Azian binti Abu Bakar.

Warga TelBru bergambar ramai bersama pihak media yang dijemput.
Warga TelBru bergambar ramai bersama pihak media yang dijemput.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dikendalikan oleh TelBru di Kompleks Sukan Air, Serasa, kelmarin.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang dikendalikan oleh TelBru di Kompleks Sukan Air, Serasa, kelmarin.

p12-4_20160118

Hajah Rosmawati ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Awang Yusrin pada acara itu.
Hajah Rosmawati ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada Awang Yusrin pada acara itu.

Majlis telah dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti ‘balloon waddle’, ‘runaway models’ dan sebagainya di samping sukan air seperti ‘banana boat rides’, jet ski dan parasailing.

Selain itu, cabutan bertuah turut yang menawarkan satu tiket penerbangan ke Bali, Indonesia sebagai hadiah utama yang telah dimenangi oleh wartawan Media Permata, Awang Yusrin bin Junaidi.

ARTIKEL YANG SAMA