TelBru anjur retreat pengurusan di Temburong

TelBru anjur retreat pengurusan di Temburong

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Bagi memberikan peluang warganya terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk berinteraksi dan membangun lebih baik bersama pasukan lain, TelBru telah mengadakan aktiviti retreat untuk 71 bakat mudanya selama tiga hari.

Retreat yang telah bermula dari 21 hingga 23 Mac lalu untuk warga yang dilantik sejak tiga tahun lepas itu diadakan di Ulu-ulu Resort, Daerah Temburong dengan menyediakan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat untuk memupuk bakat-bakat muda dari pelbagai jabatan bagi menyediakan diri menggalas tugas pengurusan dan kepimpinan pada masa depan di bawah Program Pembangunan Bakat Muda.

Inilah kali pertama empat kelompok bekas pelatih pengurusan datang bersama-sama sebagai satu kumpulan untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Bakat muda TelBru yang menyertai program retreat selama tiga hari bergambar ramai di Ulu-ulu Resort, Daerah Temburong.
Bakat muda TelBru yang menyertai program retreat selama tiga hari bergambar ramai di Ulu-ulu Resort, Daerah Temburong.
Antara aktivit yang diadakan sempena retreat tersebut.
Antara aktivit yang diadakan sempena retreat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA