TelBru bantu MKM

TelBru bantu MKM

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab korporat sosial (CSR), TelBru sekali lagi telah menghulurkan sumbangan dana kepada Majlis Kemasyarakatan Sosial (MKM) bagi membantu projek akhir tahun balik ke sekolah.

Sumbangan ini merupakan yang kedua daripada TelBru dalam menyertai projek berkenaan untuk membantu kanak-kanak kurang berkemampuan dengan menyalurkan keperluan sekolah bagi tahun baru persekolahan.

Penyerahan sumbangan yang berlangsung di Ibu Pejabat TelBru Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di ibu negara, hari ini, telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Kewangan, Dayang Nurbahriah Eliza binti Abdullah selaku Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TelBru yang menyerahkan cek berjumlah $5,000 kepada Naib Presiden II MKM, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Kolonel (B) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir.

Sesi bergambar ramai selepas penyampaian derma sebanyak $5,000 kepada wakil MKM.
Sesi bergambar ramai selepas penyampaian derma sebanyak $5,000 kepada wakil MKM.

Majlis turut saksikan oleh ahli-ahli MKM dan kakitangan TelBru serta para sukarelawan.

Selain sumbangan derma, 15 orang sukarelawan yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, esok, akan turut menyertai ahli MKM untuk membawa kanak-kanak ke beberapa buah kedai di Serusop dan membantu mereka dengan pembelian barangan sekolah.

TelBru menyatakan harapan agar inisiatif ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban ibu bapa mereka bahkan membawa kegembiraan kepada mereka dalam persediaan tahun baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA