TelBru beri penghargaan tiga pemenang bertuah

TelBru beri penghargaan tiga pemenang bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini, telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan ‘Jingle‘ yang masing-masing membawa pulang wang tunai dan barangan TelBru.

Tiga pemenang teratas, Awang Nabil Abdullah, Awang Safwan Sabli dan Dayang Safwanah Mahyani masing-masing menerima wang tunai sebanyak $100, yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran, Lim Ming Soon pada majlis yang diadakan di TelBru cawangan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pertandingan yang bermula pada Jun lalu itu, telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TelBru, hari ini.

Dalam pertandingan itu, para peserta diperlukan untuk merakam iklan radio original secara langsung di aplikasi mudah alih ‘My TelBru’.

Ketua Pegawai Pemasaran dan kakitangan Telbru bergambar ramai bersama para pemenang.
Ketua Pegawai Pemasaran dan kakitangan Telbru bergambar ramai bersama para pemenang.

Dengan iklan 30 saat dalam Bahasa Melayu dan Inggeris, para peserta dimestikan untuk menekankan mengenai penggunaan tiga ciri utama iaitu pembayaran bil, pemeriksaan penggunaan data dan pembelian tambah nilai menerusi #LifeMadeEasyWithMyTelBru.

Pertandingan bertujuan untuk mempromosikan aplikasi berkenaan dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan mudah alih TelBru yang semakin meningkat.

Menurut TelBru, iklan-iklan berkenaan akan disiarkan dalam stesen-stesen radio berbahasa Melayu dan Inggeris.

ARTIKEL YANG SAMA