TelBru buka cawangan baru

TelBru buka cawangan baru

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat di kawasan tadahan Rimba, Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah membuka cawangan baru di bangunan tambahan Giant Rimba.

TelBru dalam kenyataannya, di sini, hari ini, menyatakan bahawa pelanggan yang tinggal di kawasan itu kini boleh membayar bil-bil, melanggan mana-mana produk dan perkhidmatan TelBru, membeli kad-kad prabayar TelBru, barang dagangan dan barangan runcit di cawangan baru itu.

Menurut TelBru, cawangan Giant Rimba baru itu dilengkapi dengan konsep dan persekitaran baru, mengemas kini sistem giliran dan tidak lama lagi akan menempatkan kawasan pameran bagi inisiatif Negara Pintar TelBru.

Alamat rasmi cawangan ini adalah EF03, Giant Hypermarket Tasik Rimba, Kampong Rimba, Mukim Gadong, BE3119 dan ia akan beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 9:30 pagi hingga 9:30 malam, kecuali Jumaat yang akan dibuka dari 9:30 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula dari jam 2:30 hingga 9:30 malam.

Dalam pada itu, TelBru turut memaklumkan bahawa cawangannya di Berakas kini ditutup, bagi memberi laluan kepada lebih banyak kerja-kerja pengubahsuaian dilaksanakan dan mengubah bangunan berkenaan menjadi Pusat Pembelajaran TelBru sepenuhnya.

Cawangan baru TelBru di bangunan tambahan Giant Rimba.
Cawangan baru TelBru di bangunan tambahan Giant Rimba.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.

ARTIKEL YANG SAMA