TelBru ingati ulang tahun ke-10

TelBru ingati ulang tahun ke-10

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWA1 April – Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mencapai usia ke-10 tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2006 dan sempena memperingati sambutan itu, Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan di Masjid Kampung Mentiri, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah selaku Pengerusi TelBru.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yasin diikuti dengan tahlil dan doa kesyukuran yang dipimpin Ketua Imam Masjid Kampung Mentiri, Haji Makshud bin Haji Malik.

Dato Paduka Haji Hisham dengan tetamu yang lain pada majlis tersebut.
Dato Paduka Haji Hisham dengan tetamu yang lain pada majlis tersebut.

Sempena dengan sambutan itu, majlis turut menyaksikan penyerahan wakaf berupa komputer riba, projektor dengan skrin tripod, bagpack blower dan penghawa dingin 2.0HP kepada masjid berkenaan yang diharap dapat digunakan untuk kebajikan dan aktiviti masjid.

Wakaf telah diserahkan oleh Dato Paduka Haji Hisham kepada Haji Makshud.

ARTIKEL YANG SAMA