TelBru kemas kini FTTH

TelBru kemas kini FTTH

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – TelBru memaklumkan bahawa penggantian kabel gentian akan dilaksanakan di beberapa kawasan pada tarikh-tarikh tertentu bermula 11 malam dan kerja-kerja akan mengambil masa dua jam.

Pada 7 Disember ini, kawasan yang terjejas termasuk Jalan Muara, Blok A Bangunan Delima Square dan Jalan Muara, Blok B Bangunan Delima Square, dan pada 8 Disember, kawasan yang terlibat adalah di Jalan Gadong termasuk Bangunan GP1, Bangunan Bilik Pameran Proton, Bangunan Goodwood dan Bangunan Wisma Haji Mohd Taha.

Pada 10 Disember, kawasan yang terjejas adalah bangunan-bangunan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Perhubungan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Audit dan Unit Petroleum di Bangunan Bahirah, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara dan Simpang 153-14 Desa Idaman di Jalan Dewan Majlis.

Sementara itu, pada 11 Disember, kawasan-kawasan yang akan terjejas ialah Jalan Subok termasuk sepanjang Simpang 287-17-51, Simpang 287-17-57, Simpang 287-17-63, Simpang 287 hingga Simpang 287-4, Simpang 286 dan Simpang 300.

Menurut kenyataan TelBru, hari ini, kerja-kerja penggantian ini adalah untuk mengemas kini perkhidmatan FTTH bagi membolehkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) mencapai lebih ramai pelanggan.

Semasa proses penggantian itu, perkhidmatan Internet HSBB dan telefon pelanggan yang tinggal di kawasan-kawasan yang terlibat akan terjejas.

TelBru, dalam kenyataannya, memohon maaf dan mengesali sebarang kesukaran yang berlaku akibat perkara ini.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan di talian 111.