TelBru kemas ...

TelBru kemas kini Metro-E 6 Julai ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dan perhubungan, Telekom Brunei Berhad (TelBru) akan menjalankan perkhidmatan kemaskini Metro-E dan Layar Lebar di Bangar, Temburong pada 6 Julai 2015.

Dalam kenyataan rasmi TelBru menyatakan, tempoh kemas kini akan mengambil masa selama satu jam bermula dari 1 hingga 2 pagi.

Para pelanggan TelBru yang bermastautin di kawasan terjejas akan mengalami perkhidmatan gangguan semasa kerja-kerja kemas kini dijalankan. Sehubungan itu TelBru meminta maaf dan menyesali atas masalah yang berlaku. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pemedulian Pelanggan melalui talian 111.