TelBru lancar perkhidmatan DMR

TelBru lancar perkhidmatan DMR

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Nov – Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini, telah melancarkan perkhidmatan Radio Mudah Alih Digital (DMR) iaitu komunikasi dua hala sebagai tambahan kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggannya.

Pelancaran TelBru DMR itu, pada majlis yang berlangsung di Dewan Terindak D’Seni, Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan, di ibu negara, telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Haji Suhaimi bin Haji Gafar yang juga merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah TelBru.

TelBru DMR ialah perkhidmatan radio dua hala yang ditawarkan dengan ciri-ciri tambahan dan di pertingkat yang boleh memenuhi keperluan asas pelanggan persendirian dan keperluan perniagaan bagi perniagaan bagi pelanggan korporat dan kerajaan.

Peralatan yang ditawarkan bagi perkhidmatan ini termasuk MotoTrbo XiR P8668 (Portable) dan MotoTrbo XiR M8628 (Mobile) daripada jenama Motorola.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon juga telah membuat demonstrasi menggunakan produk baru berkenaan dengan mengetengahkan ciri-ciri dan elemen penting, iaitu kalis air, kalis gegaran dan kalis debu.

pg03_151104_a

Lim Ming Soon menerangkan mengenai produk terbaru TelBru itu dengan menekankan fungsi-fungsi penting dan elemen terbaik DMR iaitu kalis air, kalis gegaran dan kalis debu.
Lim Ming Soon menerangkan mengenai produk terbaru TelBru itu dengan menekankan fungsi-fungsi penting dan elemen terbaik DMR iaitu kalis air, kalis gegaran dan kalis debu.

Antara ciri-ciri utama TelBru DMR yang dijelaskannya ialah Sistem Lokasi Kenderaan Automatik (AVLS) yang membolehkan pengguna mengesan lokasi radio-radio berkenaan, menyimpan rekod sesebuah kenderaan dalam tempoh masa yang ditentukan, mengesan butiran animasi dengan mengetahui laluan perjalanan kenderaan, ‘Geo Fencing’ (membolehkan pengguna mengesan kenderaan) dan pemberitahuan had kelajuan.

Selain daripada itu, ciri-ciri penting lain produk berkenaan termasuk pesanan ringkas (SMS) di mana pengguna boleh menghantar dan menerima SMS dalam ‘Talk Group,’ perkhidmatan tambah nilai yang boleh dilanggan termasuk ‘Private Call,’ ‘Additional Talk Group,’ ‘Remote Monitoring,’ membuka atau menutup fungsi kawalan radio dan ciri-ciri berbilang saluran.

Pakej-pakej penyewaan perkhidmatan ini termasuk liputan seluruh negara yang berharga $45 sebulan atau liputan mengikut daerah pada harga $25 sebulan.

Untuk keterangan lanjut mengenai DMR atau caj penyewaan lain boleh didapati di laman web www.telbru.com.bn atau menghubungi 111.

ARTIKEL YANG SAMA