TelBru meterai perjanjian

TelBru meterai perjanjian

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Telekom Brunei Berhad (TelBru) dan Tele Directories (B) Sdn Bhd, hari ini, memeterai perjanjian sebagai menandakan pembaharuan kontrak 10 tahun penerbitan buku direktori. Menandatangani bagi pihak Tele Directories ialah Pengerusinya, Pengiran Salleh Ab Rahaman bin Pengiran Damit manakala TelBru diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, David Kay.

Majlis penandatanganan yang bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun di sini turut dimuatkan dengan pendedahan Buku telefon 2016 iaitu bagi buku biasa dan mini di mana buku-buku ini akan diedarkan kepada orang ramai pada pertengahan bulan Jun.

Pengiran Salleh Ab Rahaman dan David Kay bertukar dokumen perjanjian. – Gambar oleh Muiz Matdani
Pengiran Salleh Ab Rahaman dan David Kay bertukar dokumen perjanjian. – Gambar oleh Muiz Matdani

 

ARTIKEL YANG SAMA