TelBru mohon ...

TelBru mohon maaf

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Perkhidmatan suara Telekom Brunei Berhad (TelBru) pagi kelmarin telah mengalami gangguan berikutan masalah teknikal. TelBru, dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, gangguan berkenaan telah menjejaskan talian-talian telefon para pelanggannya di kawasan Bandar, Subok, Kiulap, Gadong, Madang dan Mumong, bagaimanapun, perkhidmatan Internet tidak terjejas.

Menurut TelBru lagi, mereka dan pembekal-pembekal mereka telah membaiki masalah berkenaan dan memulihkan perkhidmatan sekitar jam 6:30 petang kelmarin.

Sehubungan itu, TelBru dalam kenyataannya, memohon maaf atas kesulitan yang berlaku ke atas para pelanggan mereka dan berterima kasih atas kesabaran dan kerana memahami semasa tempoh itu.