TelBru perkenal pelan baru

TelBru perkenal pelan baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Feb – Selaras dengan aspirasi dasar jalur lebar Brunei Darussalam untuk menggalakkan akses dan kemampuan, TelBru memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar pada harga berpatutan serendah $25 bagi kuota 25GB.

Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon mengumumkan harga rendah itu dalam sidang media hari ini di Bilik Mutiara, Pusat Pembelajaran TelBru, Berakas.

Menurutnya, tawaran terbaru itu membolehkan rakyat Brunei termasuk pengguna kurang tegar, mendapat akses kepada teknologi jalur lebar bertaraf dunia pada harga berpatutan, sekali gus merealisasikan visi masyarakat pintar dan meningkatkan daya saing antarabangsa.

Lim Ming Soon berkata TelBru menawarkan pelan terbaru pelan Broadband iaitu serendah $25 bagi kuota 25GB.
Lim Ming Soon berkata TelBru menawarkan pelan terbaru pelan Broadband iaitu serendah $25 bagi kuota 25GB.

TelBru sebelum ini memperkenalkan harga rendah $39 bagi kuota 45GB namun daripada pemantauan, syarikat itu mendapati pelanggan tidak menggunakan sepenuhnya kuota 45GB yang ditawarkan dalam pelan itu.

Untuk itu, TelBru memperkenalkan pakej pelan $25 untuk kuota 25GB bagi keperluan pelanggannya.

Menurut Lim Ming Soon lagi, aplikasi Plan Wizard di laman webnya, https://www.telbru.com.bn/planwizard/ membolehkan pelanggan individu dan perniagaan menjangkakan penggunaan internet setiap hari sebelum melanggan mengikut kemahuan pelan mereka.